top of page

Singapura setuju tubuh 'Zon Ekonomi Khas' Johor - Singapura



Singapura bersetuju untuk menubuhkan 'Zon Ekonomi Khas' antara Johor dan republik itu bagi meningkatkan hubungan ekonomi kedua dua negara.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, konsep yang dibangkitkan beliau di peringkat kabinet beberapa bulan lalu itu akan dibincangkan lebih lanjut oleh Kementerian Ekonomi Malaysia dan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura.


"Tujuan utama penubuhan zon ini adalah untuk memudahkan pergerakan manusia dan barangan antara dua kawasan tersebut


"Mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi di Johor yang memanfaatkan kelebihan ekonomi Singapura


"Juga untuk menggalakkan pelaburan dan peluang ekonomi untuk perniagaan yang sedia ada di Johor," katanya dalam kenyataan.


Semasa lawatan ke Singapura itu juga Rafizi bertemu dengan syarikat-syarikat semikonduktor antarabangsa yang amat berminat menanam lebih banyak modal di Malaysia.


"Kita akan bersiap sedia dengan rancangan untuk pastikan kita merebut peluang memenuhi permintaan global industri semikonduktor yang bakal mencecah 1 trillion dollar menjelang tahun 2030.


"Rancangan kita untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab 'startup' serantau juga mendapat sambutan baik daripada firma-firma pemodal teroka (venture capitalists, VC).


"Ada antara mereka telah umumkan hasrat untuk membuka cawangan di Kuala Lumpur nanti," katanya.


Rafiz yakin usaha kerajaan itu bakal menyumbang kepada transformasi ekonomi negara dan memberi peluang bernilai tinggi kepada bakat-bakat Malaysia pada masa hadapan.

1 comment

1 Kommentar


lawtcs20
19. Juli 2023

Ini adalah langkak yang baik kerajaaan, lebih lebih dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak ketentuan. Langkah di alu alu kan dan beri pandangan serius pihak kerajaan sebab dapat menafaat kedua dua negara. Basically, it's a mutually beneficial move, as Malaysia has the resources like land, and manpower, whilst Singapore has the expertise, technology and financial strength to undertake and ensure the success if the project. The spinoff will definitely benefit these 2 countries whose inherent strength of having almost the same culture and long family relationship that would be a waste if its not exploited.

Gefällt mir

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page