top of page

Sinergi Malaysia - ADIA tingkat potensi pertumbuhan ekonomi negara



Sinergi Malaysia dan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) bakal mewujudkan pelaburan berskala besar ke dalam ekonomi negara yang boleh meningkat pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hal itu akan segera menjadi kenyataan usai pertemuan beliau dengan Pengarah Urusan ADIA, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.


"Sinergi padu antara Malaysia dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan berdaya saing.


"ADIA hadir dengan membawa bersama-sama suara rakan syarikat pelaburan global yang lain dalam menerokai pelbagai peluang pelaburan yang terhidang di Malaysia," katanya di media sosial.


Menurut Anwar, ADIA yang sebelum ini banyak terlibat dalam sektor penerbangan dan pengendalian lapangan terbang di Malaysia melalui Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada masa hadapan dijangka akan melabur dalam lebih banyak sektor yang berpotensi.


"Tidak mustahil, pelaburan jangka panjang dapat disuntik termasuk membabitkan sektor penjagaan kesihatan, pengendali lapangan terbang dan tenaga, Insya-Allah," katanya lagi.


Sebelum ini, ADIA bersama Global Infrastructure Partners (GIP) memiliki 30% saham dalam syarikat pengendalian lapangan terbang di Malaysia bersama pemegang saham lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd yang disokong Khazanah Nasional Bhd.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page