top of page

Simpanan syariah KWSP mula tarik minat pencarum



Berikutan kadar dividen simpanan syariah menyamai simpanan konvensional Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pencarum mula menunjukkan minat untuk beralih menyimpan di dalam akaun syariah berbanding sebelum ini.


Menurut Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, biarpun lebih 16 juta pencarum KWSP beragama Islam namun hanya 2.2 juta pencarum yang memilih simpanan syariah.


"Tarikannya lagi ialah untuk yang membuat simpanan syariah, dividen yang diterima tidak perlu dilakukan penyucian, tetapi mereka yang menyimpan dalam konvensional masih perlu melakukan penyucian untuk sebahagian dividen itu kerana diperolehi daripada sumber yang tidak patuh syariah.


"Saya lihat prestasi simpanan syariah yang menghasilkan dividen yang sama tinggi dengan konvensional ini adalah satu juga perkembangan yang baik yang menunjukkan bahawa KWSP mampu memastikan tidak kira jenis pelaburan mana, masih lagi boleh memberikan pulangan yang setimpal," katanya dipetik The Malaysia Press.


Pada 1 Mac lalu KWSP mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan syariah.


Dividen bagi simpanan konvensional adalah daripada jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion manakala bagi simpanan syariah, membabitkan agihan berjumlah RM10.19 bilion.


Ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.


Tegas Ahmed Razman, kemampuan itu juga boleh dilihat sejak 2024 apabila pelaburan syariah dan bukan syariah telah diasingkan secara keseluruhannya membolehkan strategi yang lebih berkesan dilakukan bagi memastikan pelaburan oleh KWSP memberikan pulangan yang setimpal.

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page