top of page

Silibus Bahasa Melayu: Institusi pendidikan Cina perlu sokong KPM



Oleh: Abdullah Zaid


Pemuda AMANAH mengecam tindakan sembilan institusi pendidikan Cina yang menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.


Ketua Pemuda AMANAH, Senator Hasbie Muda berkata, keputusan itu adalah tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan sikap untuk memperkukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.


Bahasa Melayu, katanya merupakan bahasa kebangsaan dan tunjang perpaduan berbilang kaum di negara ini.


"Inisiatif KPM untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di semua sekolah rendah, vernakular bertujuan untuk memastikan semua pelajar di Malaysia mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa Melayu.


"Ini adalah penting untuk membina jati diri sebagai rakyat Malaysia, untuk memahami dan menghormati budaya serta bahasa kebangsaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Hasbie, kenyataan Pengerusi Jiao Zong bahawa bahasa Melayu tidak boleh diajar menggunakan silibus yang sama seperti pelajar Melayu lain kerana ianya bukan bahasa ibunda pelajar Cina amatlah tidak wajar.


"Di Malaysia penguasaan bahasa Melayu adalah bahasa pertama dan seharusnya menjadi tanggungjawab bersama tanpa mengira latar belakang etnik atau bahasa ibunda.


"Justeru KPM telah mengambil langkah yang tepat dengan memperkenalkan penyelarasan silibus bagi memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah vernakular," ujarnya.


Tegas Hasbie, pemuda AMANAH menyeru agar sembilan institusi pendidikan Cina tersebut menarik balik penolakan tersebut dan memberikan kerjasama penuh kepada KPM demi perpaduan negara.


"Kami juga menyeru pihak KPM untuk terus teguh dalam pelaksanaan dasar ini tanpa mengalah kepada tekanan mana-mana pihak," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page