top of page

Sidang khas Parlimen Undi Percaya, tidak lewat 9 Ogos - Pembangkang


Pembangkang Malaysia memberi tempoh sehingga 9 Ogos ini untuk kerajaan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin mengadakan sesi khas Parlimen bagi membentangkan usul Undi Percaya kepada pentadbirannya.


Menurut kenyataan gabungan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang, penangguhan sehingga sesi Parlimen September bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai keabsahan pentadbiran sesebuah kerajaan yang telah hilang majoriti.


"Kami, Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang bersependapat bahawa satu sidang khas Parlimen mesti diadakan sesegera mungkin tidak lewat dari 9 Ogos berasaskan Peraturan Mesyuarat 11(3) untuk membentang, membahas dan memutuskan usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri.


"Kami tidak boleh menerima isu sokongan terhadap Perdana Menteri ini ditangguhkan sehingga bulan September.


"Adalah amat tidak munasabah bagi sebuah Kerajaan yang dipertikai keabsahan dan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk melengah-lengahkan proses menentukan sokongan di Parlimen," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


Tambah gabungan Pembangkang, keabsahan kerajaan sangat penting ketika negara berhempas pulas untuk keluar dari pandemik Covid 19 dan merancang pelan pemulihan negara secara komprehensif, yang hanya boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang stabil.


"Ini kerana kami mengambil kira keadaan pandemik yang mencengkam rakyat, jumlah kematian akibat wabak Covid-19 yang terus meningkat tinggi setiap hari, situasi ekonomi yang terus lesu dan persoalan kestabilan kerajaan yang mesti diselesaikan sekarang.


"Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa usul Undi Percaya tersebut wajib dibentang, dibahas dan diputuskan sekarang sekaligus menamatkan isu keabsahan Perdana Menteri," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO), Baru Bian (PSB), Datuk Masir Kujat (PSB), Dr Maszlee Malik (Bebas), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (Warisan), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda).


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page