top of page

Sidang Kemuncak BRICS Plus: Rafizi bawa isu kritikal Selatan Global



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Rusia yang sedang berlangsung.


Melalui satu kenyataan beliau berkata, sidang kemuncak bertemakan 'BRICS dan Selatan Global: Bersama-sama Membangun Dunia yang Lebih Baik' diadakan susulan Sidang Kemuncak BRICS ke-16 dan menghimpunkan pemimpin-pemimpin negara serta menteri-menteri daripada sembilan negara anggota BRICS bersama wakil dari 20 negara jemputan bukan BRICS.


"Lawatan kerja ini akan melibatkan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari negara jemputan lain di sela-sela persidangan, selain itu lawatan berkenaan disertai oleh pegawai kanan daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Luar Negeri yang menunjukkan komitmen teguh Malaysia untuk memupuk kerjasama dan dialog global," katanya dipetik.


Pada sidang kemuncak itu beliau turut dijangka isu-isu kritikal bagi Selatan Global termasuk pembangunan mampan, reformasi sistem tadbir urus global serta situasi geopolitik yang semakin berkembang di Timur Tengah.


"Menerusi penglibatan aktif dalam Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus itu, Malaysia mengukuhkan komitmen untuk memperdalam hubungan dengan negara-negara BRICS dan menghadapi landskap ekonomi global yang kompleks dengan penuh ketahanan.


"Lawatan ini juga menyediakan platform strategik bukan sahaja untuk meneroka potensi peranan Malaysia dalam BRICS, tetapi juga untuk memperjuangkan kerjasama ekonomi, memupuk kemakmuran dan menggalakkan pembangunan inklusif bagi Selatan Global," tambah kenyataan itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page