top of page

Sidang APEC: Tangani jurang digital, tingkatkan penggunaan teknologi AI - PM



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2024 di Peru telah berkongsi dasar kecerdasan buatan (AI) Malaysia untuk mencapai matlamat kemajuan yang lebih baik bersama perwakilan negara negara anggota.


"Dalam sesi dialog bersama pemain utama dalam industri teknologi dan digital, saya telah mengupas pandangan serta berkongsi dasar negara terkait peluang dan cabaran dalam revolusi Kecerdasan Buatan (AI).


"Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan AI bagi mencapai pertumbuhan inklusif, menangani jurang digital, dan isu etika.

Kerajaan juga sedang mewujudkan kerangka yang memberi tumpuan kepada inovasi dan keterangkuman terkait AI," katanya di Facebook.


Menurut Anwar, teknologi digital dan AI akan mampu menangani jurang digital dalam masyarakat dalam persekitaran Revolusi Industri (IR) 4.0 pada waktu ini.


Selain itu, PM juga mengupas isu latihan kepada tenaga kerja tempatan bagi meningkatkan kemahiran dan profesionalisme mereka dalam mendepani teknologi baharu.


"Saya juga menekankan keperluan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran profesional muda dalam bidang AI bagi menangani keperluan industri serta mempercepatkan kemajuan dan pendigitalan.


"Terdapat juga keperluan pendekatan pelbagai aspek dalam penerapan AI, termasuk pelaburan dalam tenaga hijau, pemuliharaan air, dan reformasi peraturan birokrasi agar lebih responsif kepada pelabur," katanya.


Jelas Anwar lagi, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menekankan pentingnya untuk negara sahabat bekerjasama menerusi ASEAN, sebagaimana inisiatif hijau ASEAN serta agenda digital bersama untuk melengkapkan kekuatan setiap negara.


"Saya menyeru kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan, industri, dan komuniti untuk membuka peluang dalam ruang digital serta memastikan tiada sesiapa yang tercicir dalam era kemajuan digital yang pesat.


"Sebagai konklusi, saya menegaskan walaupun akan ada gangguan dengan AI, namun kita mesti memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan dan latihan bagi mewujudkan syarat yang tepat untuk kejayaan di masa depan," katanya.


PM dalam rangka lawatan ke Peru dan menghadiri Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2024 yang menekankan aspek inovasi teknologi digital dalam memacu pertubuhan ekonomi pada dekad ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page