top of page

Siasatan teliti insiden kematian gajah di Johor dijalankan - Nik Nazmi



Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang menyiasat kematian empat ekor gajah yang dilaporkan di Johor, Sabtu lalu.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui satu kenyataan berkata, pemeriksaan serta pemantauan turut dijalankan melalui kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sekitar kawasan tersebut.


"Laporan awal mengenal pasti bangkai seekor gajah betina dan tiga ekor gajah jantan yang terlibat adalah daripada kumpulan (Identification–ID) Bandar Tenggara di Hutan Simpan Lenggor, Hutan Simpan Kluang dan Kluang Tambahan; Hutan Simpan Labir; Hutan Simpan Sembrong; dan Taman Negara Endau Rompin.


"Habitat utama (gajah) tersebut dikelilingi oleh kawasan pertanian, perladangan dan penempatan penduduk," katanya.


Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan bangkai empat gajah dipercayai mati akibat diracun di sebuah kebun buah-buahan di Kahang Timur, mengundang kemarahan orang ramai.


Gajah adalah satu daripada spesies hidupan liar ikonik negara dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).


Sementara itu Nik Nazmi berkata, habitat dan kawasan keliaran gajah penting untuk menampung keperluan populasi gajah kerana kehilangan habitat akibat perubahan guna tanah untuk kegiatan pertanian, penempatan, serta pembangunan boleh mengakibatkan konflik manusia-gajah.


Sebanyak 646 aduan konflik manusia-gajah telah dilaporkan di Johor sejak 2020 hingga Mei 2024, dengan 292 melibatkan daerah Kluang.


"Berdasarkan kepada data semasa, anggaran populasi gajah di Johor ialah antara 120 dan 160 ekor.


"Konflik manusia dan gajah boleh mengakibatkan kemusnahan tanaman pertanian, kerosakan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa," katanya.


Melalui kenyataan tersebut beliau turut menyatakan komitmen kerajaan untuk kekal proaktif dalam memelihara dan memulihara habitat hidupan liar termasuk gajah.


Ia melalui beberapa inisiatif antaranya membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan 2023-2030, menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Lanchang, Pahang dan mempergiatkan usaha mewartakan kawasan berhutan sebagai Hutan Simpanan Kekal.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page