top of page

Siasatan polis ke atas GISBH giat berjalan



Oleh: Akmal Manaf


Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang giat menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkaitan GISB Holdings (GISBH).


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan siasatan itu sangat kompleks (rumit) memandangkan ia melibatkan rangkaian syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara.


Katanya, sudah ada kertas siasatan yang berakhir dengan pertuduhan, manakala masih ada lagi kertas siasatan yang kini berada dalam fasa untuk dilengkapkan.


"Tentunya dalam siasatan ini, tidak terhenti dengan pasukan polis sahaja, malahan turut membabitkan sejumlah agensi.


"Ia termasuk Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) yang memainkan peranan penting kerana terdapat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawahnya.


"Kita juga ada Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Jabatan Kimia, Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM, Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian pada sesi Penerangan Menteri mengenai perkembangan berhubung isu GISBH.

1 comment

Recent Posts

See All

1 comentario


Kemayan Labu
Kemayan Labu
17 oct

Kalau nak siasatlah dengan jujur. Kenapa ada apathy terhadap isu penahanan ahli GISB kali ini dan tiada kecuh seperti terhadap Al Arqam puluhan tahun dulu?

Sebab ramai anggap kali ini tangkapan dan siasatan ni dah basi, tak tepat sasarannya dan lebih seperti hendak tunjuk kerajaan ini tegas terhadap penyeleweng agama! (Iye ke?)

Dan kenapa sayap bisnes GISB disasar jugak? Seperti Arqam dulu, bab bisnes beginilah yang patut dipulihkan dan diambil alih pentadbiran (kerajaan) sebab mereka berkembang dengan bantuan minimal pemerintah.

Tiada intervensi MARA Tekun dan lain-lain. Ini harus dikaji dan dijadi contoh macamana mereka berjaya dan kenapa ramai penerima pinjaman kerajaan gagal ... Contoh, perniagaan ayam dan makan untuk ayam mereka.

Tak tau lak nak cakap apa lagi

Me gusta

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page