top of page

Siasat kontroversi pembalakan haram di Upper Baram - KEADILAN Baram



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Baram menggesa pihak berkuasa negeri Sarawak dan Persekutuan menyiasat dakwaan pembalakan besar-besaran di Upper Baram, khususnya di kawasan hulu Sungai Sela'an, di mana terletaknya Air Terjun Tekiwit.


Ketua Penerangan Baram Dennis Along berkata, Pengerusi KEADILAN Sarawak Roland Engan telah melakukan tinjauan di kawasan terbabit dan kini bertindak sebagai peguam bela kepada penduduk di sana.


"Satu video tular dalam media sosial menunjukkan beliau berdepan dengan sekumpulan orang yang mendakwa mempunyai kuasa dan hak mutlak ke atas kawasan pembalakan itu," kata Dennis Along dalam satu kenyataan.

Papan tanda kontroversi yang perlu dijelaskan

Menurut kenyataan itu lagi, Roland menjelaskan tujuan lawatannya sebagai penasihat undang-undang yang terlibat untuk mengesahkan dakwaan pembalakan oleh penunjuk perasaan dari kalangan penduduk setempat sebelum ini.


"Justeru, KEADILAN Baram meminta maklum balas segera daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan negeri berhubung dakwaan pencerobohan hutan itu.


"Penunjuk perasaan ingin tahu apabila papan tanda pembalakan di Hutan Lindung Suling-Selaan didirikan berhampiran Jambatan Long Segah seminggu lalu.


"Jabatan Perhutanan perlu menjelaskan (mengenai) papan tanda itu secepat mungkin," ujarnya.


Dalam pada itu, Dennis menegaskan penjelasan pihak berkuasa adalah penting kerana pewartaan atau penyahwartaan hutan yang dilindungi dibimbangi akan menjejaskan keistimewaan dan hak Orang Asal yang tinggal di kawasan berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page