top of page

Siasat 'penutupan' stesen penyelidikan MPOB Belaga - Abun Sui Anyit



Dakwaan penutupan stesen penyelidikan Malaysia Palm Oil Board (MPOB) di Sungai Asap, Belaga, Sarawak perlu dipandang berat oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia.


Menurut Senator Abun Sui Anyit, stesen tersebut sebelum ini begitu membantu penduduk setempat dalam hal hal pertanian sawit.


"Sejak beberapa hari ini saya menerima aduan daripada penduduk Sungai Asap Belaga, Sarawak berkaitan dengan Pejabat MPOB di Sungai Asap yang berperanan sebagai Stesen Penyelidikan MPOB Belaga.


"Stesen MPOB Sungai Asap, Belaga ini khabarnya dikatakan sudah ditutup tanpa pengetahuan penduduk yang sangat memerlukan stesen ini.


"Malang lagi kerana Pejabat MPOB Sungai Asap ini terpampang nama syarikat swasta sendirian berhad. Apa maksud ini?" tanya Abun Sui dalam satu kenyataan.


KEADILAN Sarawak dan wakil penduduk dalam kunjungan muhibah ke stesen MPOB Belaga pada 2019 lalu

Sehubungan itu, Abun Sui memohon Kerajaan terutamanya Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia campurtangan untuk segera mengatasi masalah yang timbul supaya stesen tersebut dipulihkan semula demi kemudahan penduduk Belaga berurusan mendapatkan khidmat nasihat pertanian.


"Rakyat Belaga juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku ke atas stesen ini?


"Kerajaan Perpaduan sekarang dirayu untuk campurtangan demi rakyat pedalaman Belaga dan memulihkan Stesyen MPOB Sungai Asap ini dengan kadar segera.


"Kemudahan ini sangat diperlukan oleh pekebun pekebun kecil sawit yang banyak di kawasan sekitar," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page