top of page

Siasat kluster mahkamah cuba selesaikan kes - Anwar



Dakwaan bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiddin Yassin bahawa terdapat pemimpin Umno kluster mahkamah bertemu beliau untuk membantu mempengaruhi atau menyelesaikan kes mahkamah perlu disiasat.


Ketua Pembangkang Parlimen malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mempengaruhi perjalanan mahkamah menyalahi undang undang dan menghilangkan kepercayaan rakyat serta pelabur terhadap sistem kehakiman negara.


"Tan Sri Muhyiddin menyebut mantan TPM dan Presiden Umno ada menemui beliau mohon kerjasama bantuan untuk menyelesaikan kes mahkamah.


"Andai kata kenyataan ini benar dia harus disiasat kerana ada usaha untuk campurtangan isu mahkamah. Sekiranya benar ia melambangkan satu sistem yang rosak dalam badan kehakiman, iaitu ada lagi andaian PM boleh campurtangan.


"Kita tahu ini pernah berlaku dan ini juga disebut dalam beberapa laporan termasuk Suruhanjaya Diraja mengenai kenyataan VK Linggam pada masa itu," katanya.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu kerajaan menjelaskan hal berkenaan secara tegas dan melakukan siasatan.


"Ikut pengalaman kita, itu (campurtangan) berlaku selama ini dan ini satu kesalahan besar sebab itu kita juga ingin satu penjelasan, ketegasan bahawa tidak mungkin ada campurtangan, kedua duanya dari PM sekarang dan badan kehakiman," katanya lagi.


Terdahulu, Mahiaddin mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi pernah bertemu beliau membawa fail fail kes mohon pertolongan.


"Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan)," kata Presiden Bersatu itu dipetik.


Selain Zahid, katanya, Najib Razak juga bertemu beliau untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwaraya kes berkaitan 1MDB.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page