top of page

Siasat dalang hasut turunkan bendera Malaysia - AMK Marudu



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kota Marudu tampil membuat laporan polis berhubung penularan satu video hasutan menggesa Jalur Gemilang diturunkan dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak.


Ketuanya Zaidi Jatil berkata, pihaknya mendapati penularan video mengenai sabotaj Jalur Gemilang itu melalui satu akaun di Facebook.


Katanya, pemilik akaun yang bernama ‘Mosses Pa Ampang’ telah memuat naik satu video berdurasi lapan minit menghasut orang ramai menurunkan bendera Malaysia yang kononnya penjajah di bumi Sabah dan Sarawak serta mahu menjadikan Sabah sebagai negara republik.


"Kenyataan ini jelas bercanggah dengan semangat penubuhan Malaysia dan juga bersifat menghasut untuk mengugat perpaduan dan keamanan yang ada di Sabah dan Sarawak hari ini.


"Justeru itu kami memohon PDRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun Facebook tersebut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah mengenal pasti seorang suspek sebagai Moses Paul Anap berusia 37 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penularan video berkenaan.


Beliau berkata, berdasarkan semakan lelaki terbabit melakukan pergerakan keluar negara pada 26 Oktober 2016 dan tiada rekod masuk semula ke negara ini selepas itu.


Berdasarkan rekod, katanya, individu berkenaan sedang dibicarakan di mahkamah Kota Kinabalu tetapi dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada November depan.


Selain itu, kata beliau, badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Republic of Sabah North Borneo (RSNB) turut disiasat berhubung kes berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page