top of page

Siasat ajaran sesat, eksploitasi kanak-kanak libat kumpulan agama



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bandar Tun Razak menggesa kerajaan menyiasat dan mengambil langkah penguatkuasaan terhadap mana-mana kumpulan yang menyebar ajaran sesat di negara ini.


Ketua Komunikasinya, Muhammad Faiz Danial berkata, isu Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) yang dikaitkan dengan ajaran meragukan Al Arqam serta eksploitasi kanak-kanak di pusat-pusat penjagaannya perlu disiasat rapi dan diambil tindakan undang-undang andainya terdapat salah laku.


"AMK Bandar Tun Razak menyeru pihak berkuasa untuk memperketatkan pengawasan terhadap semua pusat perlindungan kanak-kanak di negara ini, khususnya yang berpotensi dikaitkan dengan kumpulan ajaran sesat.


"Penemuan lebih daripada 400 kanak-kanak yang menjadi mangsa penjaga yang dikaitkan dengan ajaran sesat Al-Arqam adalah satu pengkhianatan kepada tanggungjawab moral dan undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Faiz eksploitasi dan penderaan terhadap kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi, merupakan satu bentuk kezaliman yang tidak boleh diterima oleh masyarakat bertamadun.


Apatah lagi, katanya, penggunaan alasan ajaran agama Islam untuk hal hal bertentangan undang undang amat tidak wajar dan mencemar imej agama di mata bukan Islam.


"Penderaan terhadap kanak-kanak adalah satu jenayah yang keji dan perlu dikecam sepenuhnya, kerana ia melanggar hak asasi manusia serta nilai-nilai agama yang sepatutnya memelihara keadilan dan kasih sayang.


"AMK Bandar Tun Razak menuntut agar siasatan menyeluruh dilakukan dan pihak yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan tanpa sebarang kelewatan," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, semalam Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap kes dakwaan jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH.


Seri Paduka bertitah bahawa baginda memandang serius terhadap isu tersebut selepas pelbagai berita dilapor berkaitan nasib kanak kanak yang menghuni rumah amal kendalian pertubuhan terbabit.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page