top of page

Siaran MYTV Mana-Mana dicadang dalam kapal terbang



Oleh: Akmal Manaf


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan mencadangkan kepada pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) untuk memulakan perbincangan bagi memperluaskan rangkaian penyiaran MYTV Mana-Mana ke dalam pesawat.


Katanya, beliau tidak menolak kewajaran untuk mengadakan diskusi berkaitan perkara tersebut yang dilihat memberi manfaat kepada masyarakat.


Katanya, perkhidmatan penyiaran berasaskan internet itu amat diperlukan masyarakat kerana menyiarkan pelbagai program tempatan dan luar negara dalam bentuk HD sama ada secara langsung atau atas permintaan.


"Cuma yang kita tahu, untuk digunakan (aplikasi MYTV) dalam kenderaan, ia memerlukan sambungan internet. Jadi kalau dalam pesawat, bergantung kepada pesawat itu," katanya ketika ditanya pemberita tentang kemungkinan untuk memperluaskan aplikasi berkenaan ke dalam pesawat.


Terdahulu, Fahmi menyempurnakan Majlis Pelancaran Aplikasi MYTV Mana-Mana dalam Infotainment Head Unit (IHU) kenderaan Proton X Series, yang diadakan di ibu negara hari ini.


Ditanya mengenai kemungkinan kewujudan platform MYRADIO selepas adanya MYTV, Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menjelaskan, pihaknya perlu meneliti perkara berkenaan kerana ia melibatkan soal royalti.


Katanya, membangunkan aplikasi MYRADIO merupakan salah satu perkara yang dibincangkan bersama pihak Radio Komersial Malaysia (CRM).


"Jadi mereka memang mengharapkan supaya ada satu aplikasi yang khusus yang dapat dibangunkan dan saya melihat mungkin di bawah MYTV, sekiranya ada MYRADIO, maka aplikasi tersebut mudah untuk dimanfaatkan.


"Ini penting kerana kita tahu dan faham pada waktu ini ada banyak stesen radio atau aplikasi yang memainkan stesen radio, tapi di pihak Kementerian Komunikasi, kita cakna tentang penyiar memandangkan lagu yang dimainkan mengandungi aspek royalti yang perlu dibayar kepada pemuzik


"Jadi saya lihat ada keperluan untuk kita meneliti aplikasi waktu ini. Di pihak kementerian, kita lihat aplikasi yang kita utamakan sekarang ini adalah MYTV dan kita harap satu hari nanti akan ada MYRADIO," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page