top of page

'Siapa nak bertanding, jaga batas, jaga sikap' - Amirudin



Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari berpendapat sesiapa sahaja boleh bertanding dalam pemilihan KEADILAN pada Mei 2025 ini.


Namun bagi Amirudin, perkara paling utama adalah calon yang mahu bertanding itu perlu menjaga sikap terutama dalam berkempen.


"Siapa nak bertanding bertandinglah, tetapi jaga batas, jaga sikap.


"Saya berpendirian bahawa kita harus menyusun kekuatan demi untuk memastikan Selangor ini jitu dan padu. Kalau Selangor terus jitu dan padu insyaAllah negeri negeri lain jitu dan padu," katanya ketika berucap pada Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang KEADILAN Selangor termasuk Wanita serta Angkatan Muda Keadilan semalam.


Amirudin turut mengingatkan agar anggota menolak budaya fitnah dalam berkempen, dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa tohmahan kononnya 'bakal meninggalkan parti' sejak lebih sepuluh tahun lalu.


Beliau mengimbau era 2007 yang mana ditohmah kononnya akan keluar parti apabila Ezam meninggalkan KEADILAN.


Namun sehingga hari ini Ezam telah pun keluar daripada parti yang beliau sendiri tubuhkan, kata Amirudin, dirinya tetap berpegang teguh dengan perjuangan KEADILAN.


"Apatah lagi zaman Azmin Ali keluar, macam macam cerita. Apa menyebabkan saya bertahan? Kita boleh move on, lupakan, mungkin dia (pentohmah) tersilap. Mungkin dia belum ada peluang nak minta maaf, kita maju ke depan.


"Ini menyebabkan saya kekal istiqamah dengan KEADILAN.


"Kita ada kerja besar yang perlu dilaksanakan. Kalau tengok fitnah yang melanda presiden kita, saya rasa Datuk Seri Anwar paling banyak kena fitnah. Ada dia meracau? Sebab fikiran dia jelas, hala tuju jelas. Move on ke depan. Kalau ada sikap ini insyaAllah kita akan kekal kuat," katanya.


Dalam pada itu, Amirudin mengumumkan bahawa beliau lebih memikirkan keutuhan parti dan hanya berminat untuk mengekalkan jawatan Naib Presiden yang dimenanginya dalam pemilihan lalu.


"... demi memikir itu, saya yakin Perdana Menteri harus dapat sokongan terus daripada Datuk Seri Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden, dan saya akan terus berdiri selaku Naib Presiden kerana kita kena jadi satu suara yang kuat dan padu untuk maju," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page