top of page

Siapa calon PM dari BN? - Syed Ibrahim



Masuk hari keempat berkempen satu tanda tanya besar melanda kem BN apabila poster boy yang dijanjikan iaitu Perdana Menteri kerajaan peralihan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak terpampang wajahnya di mana mana.


Menurut calon Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, wajah Ismail Sabri tidak kelihatan sebagaimana bekas bekas PM yang lepas, dijadikan tarikan utama pada billboard atau poster kempen BN.


"Kita tahu kalangan Umno BN ini masih tidak jelas calon PM. tak ada siapa yang sebut calon PM dari BN.


"Tidak ada dari kalangan pimpinan BN nyatakan calon PM Ismail Sabru. Jadi mereka sebenarnya ada masalah. Itu belum lagi calon dari BN dikutip Pas, calon Pas dikutip BN, tak ada kejelasan.


"Dari segi PH, kita sebaliknya sehati sejiwa. Sepadu, solid angkat Datuk Seri Anwar sebagai calon PM. Tidak ada pertikaian.


"Oleh kerana itu saya percaya kita masuk ke PRU ini dengan memberikan satu israyat bahawa kita mempunyai kepimpinan yang jelas dan boleh menentukan hala tuju yang baik buat Malaysia," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Segamat, Johor malam tadi.


Ceramah yang berlangsung dalam suasana hujan lebat itu juga membuatkan Syed Ibrahim mengingatkan para penonton yang berteduh di kaki lima kedai berhampiran berkenaan tujuan utama PRU 15 diadakan pada musim tengkujuh.


Katanya, tidak lain Umno ingin menang mudah ketika rakyat menolak keluar mengundi meredah banjir.


"Bila hujan, ini yang BN mahu. Sebab itu mereka kata sanggup redah bajir untuk adakan PRU. Kalau banjir mereka rasa mereka boleh menang pilihan raya.


"Kita dalam PH, redah hujan, redah banjir bukan semata mata kerana PRU tetapi mahu membela nasib rakyat. Itu yang sepatutnya menjadi prinsip dan dasar perjuangan kita," katanya.


Selain itu, Syed Ibrahim juga mengingatkan generasi muda agar keluar mengundi demi masa hadapan kehidupan mereka.


Beliau bercerita pengalaman bertemu dua calon graduan kejuruteraan yang berasa tidak pasti apakah akan mendapat pekerjaan sesuai setelah menamatkan pengajian. Kalau dapat kerja sekalipun, kata Syed Ibrahim, pendapatan mereka lebih kurang sebagaimana dua dekad lalu.


"Saya tanya ringkas kepada mereka, kalau habis praktikal nak buat apa? Mereka kata cari kerja, saya tanya mudahkah dapat kerja? Kalau dah kerja bagaimana keadaan gaji? Mereka dapat rasakan gaji tak tinggi sangat.


"Saya kata graduan sekarang memang tidak sepadan sebagai lepasan universiti. Mereka bergaji lingkungan RM2,500. Itu gaji masa saya 30 tahun lepas, mula kerja setelah selesai pengajian di universiti.


"Kadar upah itu tak setinggi sebagaimana harga barang. Kadar inflasi sekitar 4 - 5%. Kadar gaji tak sama kadar upah. Ini perlukan penyelesaian. Kita dalam PH mahu pastikan kos sara hidup rakyat ditangani dan upah dibela dalam kalangan graduan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page