Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyerahkan Bakul Rahmah di beberapa lokasi di Melaka hari ini.
Salah satu lokasinya di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, Tangga Batu. Beliau menyerahkan Bakul Rahmah Mahasiswa di sana.
"Hari ini, saya bersama pasukan Sukarelawan MADANI menghantar 30 kotak Bakul Rahmah Mahasiswa yang dimohon oleh pihak Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, Tangga Batu Melaka untuk diedarkan kepada warga yang kurang berkemampuan.
"Inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada amalan biasa pemberian bakul makanan yang dilaksanakan sejak saya masih bergelar Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dan kini diteruskan dibawah inisiatif Rahmah Kerajaan Perpaduan," katanya dalam kenyataan.
Shamsul turut menyeru pemain industri serta korporat supaya turut sama berganding bahu bekerjasama menyokong inisiatif Bakul Rahmah Mahasiswa untuk disebarluaskan ke seluruh negara.
Sebelum itu, pada sebelah pagi beliau hadir ke Program Serahan Bakul Rahmah dan Ramah mesra bersama warga Parlimen Jasin bertempat di Balai Raya Felda Kemendor, Jasin.
Manakala sebelum berbuka hari ini Shamsul hadir ke program serahan Bakul Rahmah di Masjid An Nur Krubong.
Comments