Pembangkang PN yang memburuk burukkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PM menyokong hak Israel mempertahankan diri lewat wawancara CNN baru baru ini seolah oleh tidak sedar bahawa sewaktu mereka memerintah negara kapal dagang zionis itu bebas berlabuh dan pesawat terbang negara itu bebas menggunakan ruang udara Malaysia.
Anwar berkata demikian membidas pembangkang PN yang memfitnah isi kandungan wawancara beliau yang diedit dan diambil di luar konteks dalam sidang medianya di akhir lawatan ke Peru hari ini.
"Bila saya tanya balik, masa kamu perintah mengapa kamu izinkan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Klang, dia tak jawab.
"Masa kamu perintah, mengapa kamu izinkan pesawat Israel guna ruangan udara Malaysia, dia tak jawab
"Masa kita perintah, adakah kita izinkan Israel berdagang? Tidak. Apakah kita izinkan pesawat Israel gunakan ruang udara kita? Tidak.
"Pas (PN) harus jawab. Pertamanya, mengapa izinkan kapal Israel berdagang," katanya dalam sidang media itu.
Bagaimanapun, kata Anwar, beliau tidak lagi mempersoalkan hal tersebut kerana ianya telah berlalu.
Namun, katanya, pembangkang PN mengungkit semula isu Israel dan memfitnah beliau sehingga rakyat Malaysia perlu diperingatkan siapakah yang paling tidak tegas dalam hubungan antarabangsa melibatkan Israel.
*Kredit foto: Jurugambar PMO
Comments