top of page

'Setuju PH-BN Johor gabung p'raya, mulakan dalam pentabiran Kerajaan Negeri'



Pendapat Ketua Pemuda UMNO Johor bahawa BN dan Pakatan Harapan (PH) boleh mencapai kejayaan besar sekiranya bekerjasama secara mantap dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU) diterima baik oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad.


Menurut beliau idea tersebut juga bermain dalam benak para pemimpin KEADILAN, Amanah dan DAP komponen PH.


Sehubungan itu, beliau berharap idea tersebut dimulakan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor sekarang dan pimpinan PH dilibatkan sama bagi menyediakan pasukan yang mantap menjelang pilihanraya.


"Untuk menuju ke arah itu adalah penting kita dapat membuktikan keikhlasan terlebih dahulu.


"Pertama, kerjasama perlu bermula sekarang. UMNO boleh menjemput pemimpin PH untuk menyertai pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, dalam Pejabat Daerah, sebagai Ketua Kampung dan sebagai Ahli Majlis di peringkat PBT. Semangat Perpaduan Kerajaan Negeri sudahpun berlaku di negeri Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Melaka tetapi tidak di Johor.


"Kedua, ketika perundingan pembahagian kerusi nanti, prinsip menang-menang harus dipraktikkan. Tiada satu pihak pun sepatutnya menjadi ‘abang long’ yang mendominasi atau merebut kerusi-kerusi gred A yang memiliki potensi besar untuk memenangi pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Faezuddin, seharusnya dalam menjamin kemenangan di negeri kubu kuat Pengerusi Perikatan Nasional itu, tidak ada istilah negeri Johor milik parti tertentu atau parti tertentu lahir di sini.


Andainya langkah tersebut diambil, katanya, maka kemenangan besar akan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan dalam PRN mahu pun PRU akan datang.


"Sekiranya langkah ini disambut oleh kedua belah pihak, dengan pendekatan yang adil, berasaskan keikhlasan dan semangat perpaduan, saya yakin kerjasama BN-PH akan mampu membawa kesan positif kepada keputusan pilihanraya di peringkat negeri Johor dan Persekutuan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page