top of page

Setinggan Jalan Broga, Semenyih terima pampasan pemindahan



Setelah beberapa kali perundingan, akhirnya sekumpulan setinggan yang menetap selama lebih enam dekad di sebidang tanah rizab milik kerajaan di Jalan Broga, Semenyih, Selangor menerima pampasan daripada pemaju yang mengambil alih penempatan mereka.


Dipetik laporan The Star kelmarin, lima keluarga dari penempatan itu masing-masing diberi cek berjumlah RM50,000.


Manakala cek bernilai RM15,000 diberikan kepada penjaga tiga kuil Hindu di kawasan berkenaan untuk membayar pampasan bagi kerugian yang ditanggung kerana pemindahan tempat-tempat suci tersebut.


Menurut Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Ramachandran Arjenan, pampasan kepada lima keluarga itu bertujuan membantu mereka membeli atau menyewa rumah baharu.


Katanya, penempatan semula perlu bagi memberi laluan kepada pemaju syarikat Boustead Balau Sdn Bhd membina infrastruktur selaras dengan piawaian dan keperluan MPKj.


"Pemaju dikehendaki menyediakan kemudahan seperti jalan masuk, saliran dan utiliti lain seperti yang digariskan dalam kelulusan perancangan yang telah diberikan.


"Berdasarkan rancangan pembangunan, rumah setinggan akan terjejas," katanya dipetik.


Pemaju projek perbandaran Mutiara Hills akan mengambil kira kira 485.6 hektar tanah untuk projek pembangunan dan dikehendaki membina jalan masuk yang menghubungkan 274 unit rumah teres dua tingkat dalam Fasa 1.


Kekangan yang dihadapi adalah kehadiran penempatan yang terletak kira-kira 300 meter dari galeri jualan.


Menurut Ramachandran lagi, setinggan sebelum ini mahukan perumahan atau pampasan tunai untuk penempatan semula dan pemaju telah menyelesaikan isu itu.


Manakala tarikh pengosongan tapak, katanya, telah dilanjutkan oleh pemaju daripada 7 Oktober kepada 19 November 2024 bagi memberi ruang kepada keluarga berkenaan merayakan Deepavali.


Lima keluarga itu memegang lesen pendudukan sementara (TOL) yang tamat tempoh pada 1970-an dan tidak pernah diperbaharui.


*Gambar ihsan The Star

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page