Setiausaha Politik PM sampaikan bantuan mangsa kebakaran Putra Heights
- Suara Keadilan
- 9 hours ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Cakna dan prihatin terhadap nasib menimpa mangsa kebakaran di Putra Heights, kerajaan semalam menyalurkan sumbangan segera berupa bantuan tunai RM5,000 kepada mangsa yang kediaman musnah kesemuanya.
Bantuan tersebut telah disampaikan menerusi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Masyarakat Bukit Lanchong, Subang Jaya semalam.
"Bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal secara keseluruhan, seperti yang telah disahkan hasil pemeriksaan oleh pihak Bomba, bantuan tunai sebanyak RM5,000 bagi setiap isi rumah telah disalurkan.
"Bagi mangsa yang mengalami kerosakan separa pada kediaman masing-masing, bantuan sebanyak RM2,500 telah diperuntukkan.
"Secara keseluruhan, sejumlah RM1.4 juta telah disalurkan pada hari ini melalui peruntukan khas Perdana Menteri serta sumbangan daripada syarikat PETRONAS, khusus kepada mangsa yang terkesan akibat insiden tragik ini," katanya menerusi satu kenyataan.
Susulan tragedi pada Syawal kedua itu, Azman menyeru masyarakat agar sama-sama mendoakan semua individu dan keluarga yang terlibat, terus diberikan ketabahan, kekuatan dan perlindungan dalam menghadapi dugaan yang amat menyayat hati itu.
تعليقات