Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chan Ming Kai baru baru ini merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Bahas ala Parlimen Sekolah-sekolah Menengah Conforming Malaysia peringkat kebangsaan kali ke-21.
Pertandingan tersebut berlangsung di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani, Kedah dan mencungkil banyak bakat bakat baharu dari sekolah sekolah menengah di Kedah.
"Saya menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan pada kali ini.
"Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian, semoga program seperti ini dapat terus diadakan dari masa ke semasa," kata Ming kai dalam kenyataan.
Comments