top of page

Setiausaha Politik PM nafi kaitan individu menyamar pegawai khas



Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin hari ini menafikan beliau melantik atau mempunyai hubungan dengan seorang individu yang kononnya sebagai pegawai khas bagi tujuan melaksanakan sebarang urusan.


Menurut Azman, beliau menerima maklumat bahawa terdapat seorang individu yang mengaku sebagai pegawai khas mewakili dirinya, dan menggunakan posisi palsu tersebut untuk keuntungan peribadi.


"Perkara ini merupakan fitnah jahat dan saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menyalahgunakan nama saya untuk tujuan tidak bertanggungjawab dan penipuan.


"Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan nama baik saya, malah boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap institusi yang saya wakili.


"Saya menafikan mempunyai sebarang hubungan kerja bersama beliau dan tidak pernah melantik individu ini untuk mewakili saya dalam melakukan apa-apa urusan rasmi atau tidak rasmi," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Azman, beliau menasihatkan mangsa yang telah mengalami kerugian atas penipuan yang dilakukan oleh individu terbabit untuk segera membuat laporan polis.


Hal itu katanya, adalah langkah yang perlu diambil supaya individu berkenaan dapat diheret ke muka pengadilan dan didakwa atas kesalahan menyamar serta mengambil wang secara haram.


"Saya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat dalam penyalahgunaan nama saya.


"Ini adalah langkah tegas yang perlu diambil bagi melindungi reputasi saya dan memastikan perkara sebegini tidak berulang," katanya lagi.


Dalam pada itu, Azman turut menegur pempengaruh media sosial Datuk Zaharin Mohd Yasin agar mengamalkan sikap ‘tabayyun’ dengan melakukan semakan asas kebenaran sesuatu isu sebelum mengulas atau membuat tulisan yang boleh menghasilkan persepsi negatif serta tohmahan terhadap orang lain.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page