
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin malam tadi menghadiri jemputan Jamuan Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina KEADILAN, Cabang Kota Melaka.
Jamuan itu, katanya, mampu meneratkan hubungan berbilang kaum di negara Malaysia yang penuh kepelbagaian dan harmoni.
"Dalam suasana majmuk di Malaysia, ia memberi peluang kepada kaum yang lain untuk memahami kepelbagaian budaya di Malaysia.
"Alhamdulillah, saya ambil kesempatan yang ada ini untuk beramah mesra dengan warga yang hadir," katanya di Facebook.
Shamsul Iskandar mengucapkan Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia.
Comments