top of page

Setiausaha Politik PM bertemu Duta Besar India


Setiausaha Politik PM, DS Shamsul bergambar di penghujung pertemuan bersama Duta Besar India, B.N.Reddy
Setiausaha Politik PM, DS Shamsul bergambar di penghujung pertemuan bersama Duta Besar India, B.N.Reddy

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam bertemu Duta Besar India ke Malaysia, B.N. Reddy dalam kerangka memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara, Malaysia dan India.


Menurut Shamsul, pertemuan santai itu tertumpu membicarakan sekitar Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia dan kerjasama dengan India.


"Kami membincangkan peranan Malaysia dan India dalam memperkukuh kerjasama serantau serta memastikan ASEAN terus menjadi platform yang dinamik dalam hubungan global.


"Selain itu, soal kepentingan bersama Malaysia dan India dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan dan teknologi turut dibincangkan.


"Semoga hubungan erat antara kedua-dua negara terus berkembang demi kesejahteraan dan manfaat bersama," katanya dalam muat naik di Facebook.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page