top of page

Setelah memerintah, misi KEADILAN kekalkan kemenangan - Chang Lih Kang



Misi KEADILAN selepas dua dekad berjuang dan berjaya mengetuai Kerajaan Persekutuan adalah untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.


Hal itu dinyatakan oleh Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang dalam ucapannya di Konvensyen KEADILAN Perak di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, hari ini.


"Kita sudah jadi kerajaan. Ada yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri, Exco, Ahli Parlimen, Ahli Majlis.


"Namun kebanyakan antara kita tidak berjawatan tetapi kita memainkan peranan penting. Kita ada satu misi, iaitu mengekalkan kemenangan. Pastikan kemenangan kekal dalam tangan kita.


"Selepas tahun ini kita akan saksikan Pilihan Raya Negeri Sabah, Sarawak, negeri lain. Apa yang wajib kita lakukan ialah kita mesti perkuatkan jentera parti," katanya.


Oleh itu, Lih Kang menegaskan semua pihak seharusnya memainkan peranan mengukuhkan parti.


Malah katanya, anggota biasa KEADILAN juga perlu melakukan gerak kerja kerana tanpa anggota bawahan parti tidak akan mampu menang atau mentadbir negara.


"Kita semua harus membantu Kerajaan Perpaduan. Walaupun peranan kecil tetapi ianya sangat penting.


Parti ini seumpama sebuah kereta, presiden dan pimpinan mungkin umpama enjin, stering, tetapi apa peranan anggota biasa?


"Ada kata seumpama tayar. Bagi saya kita hanya nat skru tayar. Nampak kecil tetapi kalau kereta itu bagus, tayar kurang satu nat, beranikah bawa kereta itu? Itu faktor keselamatan, tanpa nat kita kita boleh berjalan dengan selamat," katanya.


Selain itu, Lih Kang turut berpesan agar anggota tidak alpa biarpun pada waktu ini KEADILAN mengetuai kerajaan.


Katanya, memang sukar berjuang untuk menang tetapi lebih sukar untuk menang sekali lagi dalam pilihanraya.


"Dari 1999 sampai 2008 kita berjaya tadbir lima negeri, sampai hari ini Pulau Pinang dan Selangor masih kubu kita dan negeri lain termasuk Perak.


"Pilihanraya 2022 tak sampai 25 tahun umur parti kita jadi parti pemerintah kerajaan pusat. Ini pencapaian menakjubkan. Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus. Kita perlu beri penghormatan setingginya kepada pengundi yang memberi kita peluang memerintah


"Menang pilihanraya bukan senang tetapi menguruskan kemenangan itu lagi sukar," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page