top of page

Setelah 5 dekad, Semangat Memperjuangkan Palestin Kekal Membara

Updated: Oct 16, 2023



Oleh: Hassan Abdul Karim


ULASAN: Hari ini 13 Oktober 2023 saya bersolat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.


Petang ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan Negara bagi tahun 2024.


Ramai Jemaah datang ke Masjid Negara dengan selendang bendera Palestin menghiasi leher tanda sokongan kepada rakyat Palestin.


Imam Masjid Negara juga membacakan khutbah Jumaat khusus mengenai perjuangan rakyat Palestin dan nasib mereka di Gaza sekarang.


Kami turut berdoa semasa Solat Jumaat untuk keselamatan rakyat Palestin yang sedang dijajah dan diserang oleh regim Zionis Israel.


49 tahun berlalu, perjuangan sama


Pada 49 tahun yang lalu ketika saya seorang mahasiswa Fakulti Pertanian Universiti Malaya, saya turut hadir dalam demonstrasi besar besaran pelajar dan belia Malaysia iaitu demonstrasi anti Amerika Syarikat-Israel di depan kedutaan Amerika Syarikat dan Lincoln Centre di Kuala Lumpur.


Itu berlaku pada bulan Oktober 1974 di mana berlaku Perang Yum Kippur dalam bulan Ramadan.


Anwar Ibrahim sebagai pemimpin belia dan bekas pemimpin mahasiswa ketika itu juga turut hadir dalam demonstrasi tersebut.


Anwar tetap perjuangkan Palestin


Beberapa minggu lalu dalam bulan September tahun 2023, Anwar Ibrahim telah berucap di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, dan di antara ucapannya ialah menegaskan lagi komitmen Malaysia menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin.


Hassan (kiri sekali) memperjuangan Palestin medeka sejak 5 dekad lalu

Hari ini di perhimpunan menyokong rakyat Palestin di Masjid Negara Kuala Lumpur, selepas Solat Jumaat, saya dapat mendengar ucapan Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional dan juga ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Isnin lepas 9 Oktober 2023 di Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Presiden Umno telah membentangkan satu usul yang diterima sebulat suara oleh Ahli ahli Parlimen dalam ketetapan menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin di Parlimen Malaysia.


Maka nyatalah dengan jelas bahawa dalam soal Palestin semua rakyat dan pemimpin Malaysia bersatu hati.


Hidup perjuangan rakyat Palestin !


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page