top of page

Setahun perang di Gaza: 'Teruskan perjuangan bebaskan Palestin'



Oleh: Akmal Manaf


Penamatan perang antara Israel dan Palestin mesti terus dituntut sekali gus memulihkan semula hak penduduk Palestin di tanah air sendiri.


Tuntutan itu disuarakan oleh Pengerusi Kaukus Parlimen Asia Tenggara untuk Kebebasan Palestin (SEA-PFP), Syed Ibrahim Syed Noh sempena setahun peperangan antara Israel dan Palestin di wilayah Gaza.


Beliau berkata, tidak ramai yang menjangkakan perang berkenaan akan berlarutan dalam tempoh masa yang panjang namun Israel yang berniat melakukan pembunuhan beramai ramai (genosid) telah melakukannya dengan kejam.


''Malah tidak ramai juga yang meramalkan malapetaka itu akan timbul, dan pada masa sama orang-orang Palestin mampu bertahan sebegini lama.


''Jangan penat! Sebagaimana juga rakyat Palestin tidak penat dan kekal mempunyai daya juang yang tinggi, selagi itulah kita kena teruskan perkara ini (menuntut gencatan senjata).


''Kita mesti memberi tekanan kepada Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom dan sekutu Israel yang lain untuk menghentikan kemunafikan dalam konflik ini," tegas beliau.


Ahli Parlimen Ledang itu menegaskan perkara berkenaan dalam sesi Pidato Genosid Abad Ini: 'Israel Paksi Kejahatan' yang diadakan di ibu negara malam tadi.


Sesi itu turut disertai Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Pengerusi Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid dan Penasihat Umum AMANAH, Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang.


Menurut Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia untuk Palestin, beliau memberi sepenuh komitmen untuk Ahli ahli Parlimen di negara ini melalui Kaukus bagi terus membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat.


''Alhamdulillah kita juga telah berjaya untuk membentuk Ahli ahli Parlimen untuk Palestin bagi Asia Tenggara.


''Adakah kita mahu peperangan ini berterusan? Tidak.


''Adakah kita mahu Israel terus bertindak sewenang-wenangnya dan melanggar undang-undang kemanusiaan tanpa henti, tanpa hukuman dan tanpa dipertanggungjawabkan? Tidak.


''Adakah kita hanya berdiam diri dan membiarkan Israel meneruskan genosid selama setahun lagi? Jawapannya adalah tidak,'' tegas beliau lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page