top of page

Setahun pembangkang acah-acah kerajaan tidak jatuh - Rafizi



Sepanjang setahun KEADILAN menjadi peneraju pemerintahan Kerajaan Persekutuan palbagai cara digunakan pembangkang gunakan untuk menjatuhkan kerajaan.


Bagi Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, pembangkang selama setahun lalu melakukan taktik acah-acah kononnya kerajaan akan jatuh sejak minggu awal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah, bulan demi bulan dan sehingga setelah setahun berlalu pun hal berkenaan tidak berlaku.


"Sekarang kita tak ingat tempoh masa seminggu yang begitu kucar kacir menubuhkan kerajaan (selepas pilihanraya 2022).


"Tempoh masa itu kusut masai tetapi sekarang kita tak ingat kerana hakikatnya satu perkara yang sangat diperlukan negara iaitu kestabilan politik yang Anwar telah kembalikan kepada negara kita.


"Kita dalam parti jangan lupa. Orang tanya kenapa Menteri Ekonomi jarang jumpa dia gaduh dengan PM ke? Datuk Seri Anwar menjadi PM yang perlu kestabilan dalam keadaan kita berdepan pembangkang yang cuba acah acah.


"Dari dulu macam macam yang pembangkang acah. Masa tempoh seminggu dia acah 'cukup jumloh'. Rakyat fikir cukup jumlah ke tidak.


"Setelah Datuk Seri Anwar angkat sumpah ada acah lagi nak 'tebuk atap'. Lepas satu bulan ke satu bulan pelabur, media tanya kita adakah kerajaan akan tumbang


"Masuk lima bulan ada acah lagi. Acah menang kat Selangor. Berbulan MB Amirudin tak tidur. Kot Azmin acah jadi MB baru.


"Tak menang. Datang acah baru kerajaan akan bertukar 31 Ogos. Kita tunggu sampai 45 Ogos tak bertukar


"Habis setahun acah, Muhyiddin pula acah nak letak jawatan.


"Sebab itu saya jarang ulas komen dekat luar, kerajaan tak popular," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2023.


Tegas Rafizi, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai isu setelah setahun Kerajaan Perpaduan memerintah.


Oleh itu, katanya, pembangkang menggunakan data terbaharu Merdeka Centre kononnya populariti Anwar merudum.


Bagaimanapun, katanya, KEADILAN tidak menidakkan dapatan penganalisis namun naratif pembangkang yang berlebihan tidak sewajarnya disambut rakyat.


"Sebagai parti kita tak tolak pandangan orang. Resam kita juga ada pandangan yang bila bagus dan disokong dengan data dan kupasan baik pandangan kita ambil sebagai azimat.


"Tetapi banyak pandangan tidak berpandukan bukti dan fakta," katanya lagi.





0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page