top of page

Setahun konflik Gaza: 'Teruskan desak Israel tamat genosid' - Syed Ibrahim



Oleh: Akmal Manaf


Desakan kepada Israel untuk menamatkan perang dengan Palestin mesti diteruskan bagi memastikan rejim itu bertanggungjawab ke atas tindakan genosid yang dilakukan mereka.


Pengerusi Kaukus Parlimen Asia Tenggara untuk Kebebasan Palestin (SEA-PFP), Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan, tuntutan lain pula adalah daripada segi memulihkan hak rakyat Palestin, sekali gus menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam konflik berkenaan.


Justeru katanya, beliau menyeru masyarakat dunia menunjukkan protes tanpa had terhadap genosid yang dilakukan rejim Zionis itu.


''Pertama tingkatkan kecaman, protes dan penentangan oleh kerajaan dan masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman yang dilakukan mereka.


''Kedua, tingkatkan dan kenakan tekanan antarabangsa terhadap Israel dan sekutunya berdasarkan semua resolusi, keputusan dan undang-undang antarabangsa di pelbagai peringkat untuk menghentikan perang dan serangan ke atas Gaza, Tebing Barat, Lubnan dan Iran.


''Malaysia telah menyuarakan perkara ini di banyak peringkat sama ada oleh ketua-ketua kerajaan, Ahli Parlimen atau masyarakat sivil.


''Seruan oleh blok politik atau perikatan perdagangan seperti Global South, GCC, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), ASEAN, NAM dan sebagainya mesti diperkasakan,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia untuk Palestin, turut menyeru agar Ahli Parlimen di rantau Asia Tenggara dan Pasifik bersatu untuk tujuan menuntut keamanan, keadilan dan hak untuk Palestin serta rakyatnya.


Beliau berkata, suara kesedaran dan kemanusiaan sebagai naratif seperti dibuktikan dalam protes yang semakin meningkat di seluruh dunia juga perlu diperkuatkan.


Selain itu katanya, tekanan perlu dihalakan kepada Amerika Syarikat (AS) United Kingdom (UK), Jerman dan sekutu Israel yang lain untuk menghentikan kemunafikan dalam menghadapi konflik berkenaan.


''Anda tidak boleh menuntut pengurangan ketegangan atau perang, pada masa yang sama memberikan bantuan ketenteraan atau komponen kepada Israel.


''Anda juga tidak boleh berkeras memberikan bantuan kemanusiaan, pada masa yang sama menolak veto Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk gencatan senjata.


''Darah rakyat Palestin berada di tangan mereka. Ini adalah komplot terhadap tindakan genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan,'' katanya yang mengutuk serangan berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page