top of page

Sesi town hall bincang langkah atasi isu air di Felda Redong



Oleh: Azuan Ab Rahman


Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang telah mengadakan sesi town hall bagi mencari cara terbaik mengatasi masalah gangguan bekalan air di alami penduduk sekitar Felda Redong, Johor.


Ahli Parlimennya Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata, pada sesi tersebut taklimat khas turut disampaikan pihak Ranhill SAJ Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berkaitan status semasa projek pembinaan laluan paip baharu yang telah diluluskan dengan anggaran nilai sebanyak RM 11 juta.


"Projek ini akan membuka laluan baharu bagi menggantikan laluan sedia ada yang telah usang dan berusia hampir 42 tahun sejak pembukaan FELDA Redong Satu pada tahun 1982.


"Pelaksanaan projek ini akan memanfaatkan 970 pemegang akaun meter SAJ dari FELDA Redong dan Segamat Kecil, selain memberi kesan positif kepada lebih 3,000 penduduk di kedua-dua kawasan," jelasnya.


Menurut beliau, projek tersebut dijangkakan dapat diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya pada akhir suku pertama tahun 2026.


Selaku Ahli Parlimen Sekijang, beliau menyatakan komitmen untuk memastikan projek tersebut akan diselesaikan mengikut garis masa yang ditetapkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page