top of page

Sesi penjelasan isu RUU tahanan di rumah di parlimen esok - Saifuddin



Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penjelasan itu penting untuk memberi pencerahan kepada usaha kerajaan susulan ia mengundang pelbagai perhatian.


"Maka saya akan menelitinya satu persatu dan memilih untuk melakukannya pada ketika sesi penggulungan peringkat dasar KDN yang dijadualkan pada Khamis.

"Saya akan menjelaskannya secara terperinci apakah rasionalnya," katanya dipetik pada sesi Town Hall Menteri Dalam Negeri di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang pada Selasa.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Cadangan itu bagi mengatasi isu kesesakan serius di 43 penjara seluruh negara yang menyebabkan keadaan tidak kondusif.


Sementara itu Saifuddin menggesa supaya pihak berfikiran terbuka dan tidak jumud ketika berbicara berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Tahanan di Rumah.

Ia susulan polemik cuba ditimbulkan pihak tertentu yang mendakwa usaha mewujudkan akta tersebut semata-mata bagi membebaskan 'seseorang' dari hukuman penjara.


"Malangnya isu tahanan rumah ini bila jadi tumpuan orang cuma tengok yang 'seorang' itu sahaja, 'ini kira nak bebaskan orang itu lah ni', apa punya cara fikir jumud betul.


"Punyalah teruk cara fikir, dia nampak itu sahaja. Bila kita buat (RUU tahanan di rumah) adalahlah rasional dia, kalau kita laksanakan akan ada perimeter (banduan) yang kita keluarkan (tahanan di rumah)," tambah Saifuddin.


Kerajaan mensasarkan kira-kira 20,000 pesalah ‘first offender’ dalam kategori kesalahan tidak serius untuk dipertimbangkan ke program berkenaan.


Bagaimanapun mereka yang layak perlu menjalani proses tapisan penuh sebelum dibenar menjalani tahanan di luar penjara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page