top of page

Serangan keganasan: 'Perlu wujud akta baharu, libatkan semua pihak'



Oleh: Abdullah Zaid


Serangan ganas seorang lelaki membunuh dua anggota polis dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini seharusnya ditangani secara lebih menyeluruh.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi, biarpun motif serangan masih disasat namun tindakan keganasan senekad itu tidak mungkin berlaku tanpa kecelaruan minda dan pemikiran keganasan yang ditanam dalam diri seseorang sejak lama.


Oleh itu, katanya, kerajaan amat perlu mengkaji sama ada perlu menggubal akta baharu bagi menghalang seseorang ditanam pemikiran keganasan atau kebencian yang secara mudah boleh dilakukan melalui pelbagai alat komunikasi canggih ketika ini.


"Kunci keharmonian negara kita ini kerana masyarakat yang menjaga sensitiviti dan saling menghormati antara satu sama lain.


"Namun, harus kita sedar pemerintah terdahulu ada membuat akta-akta yang kononnya ingin menjaga keharmonian namun tetapi sebenarnya menyekat suara-suara aktivis dan sebagainya.


"Walau bagaimanapun, perubahan zaman telah mengubah pandangan masyarakat dengan akses kepada maklumat tiada sempadan pada waktu ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Akta anti kebencian atau keganasan boleh dicontohi dari banyak negara dan salah satu yang berjaya mewujudkannya adalah Indonesia yang sejak dua dekad lalu dilanda serangan keganasan atas nama agama dan pertikaian suku kaum.


Untuk memastikan keberkesanan akta baharu itu, kata Nabil, beliau mencadangkan agar pihak di luar kerajaan seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh budaya, agama, media dan sebagainya dilibatkan bagi memastikan akta berkenaan memberi kesan baik kepada negara.


"Dalam menetapkan mana-mana akta sebaiknya kerajaan harus libatkan pihak luar seperti aktivis, media dan intelektual untuk menetapkan apa yang boleh dianggap isu kebencian kaum dan apa yang melibatkan persoalan bangsa Malaysia itu sendiri," katanya.


Hal itu, kata beliau agar negara mempunyai satu undang undang untuk menyekat pemikiran melampau dalam mana mana medium sebaran atau indoktrinasi, tetapi tidak pula sampai disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk menekan musuh politik dan sebagainya.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee Chuan How mencadangkan agar Malaysia mempunyai unit khas memantau dan menentang ucapan kebencian dalam talian. Negara itu juga, katanya, mewujudkan program pendidikan semula agama, kaunseling psikologi, dan penglibatan komuniti untuk mengintegrasikan semula golongan pelampau kembali ke pangkal jalan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page