top of page

Serangan Ke Atas Kerajaan Madani Tuan Ibrahim Tersasar



Oleh: Dr Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bakal membuka gelanggang pada 22 Jun 2024, namun serangan telah dimulakan oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas).


PRK kali ini menjadi medan ujian terhadap sokongan pengundi terutamanya dari kalangan masyarakat Melayu terhadap Pas, memandangkan serangan menggunakan isu 3R gagal mendatangkan hasil semasa PRK DUN Kuala Kubu Bharu lalu maka Tuan Ibrahim cuba menggunakan serangan dari sudut dasar Kerajaan Madani yang beliau anggap sebagai “Senduk Besar Tak Mengenyang”.


Ungkit perkara tiada dalam manifesto


Tuan Ibrahim cuba mengungkit berkenaan isu formula menurunkan harga kereta, minyak dan segala perkara yang membebankan rakyat. Perkara yang diungkit ini jika dirujuk kembali dalam “Manifesto PH 2022: Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15”, tiada langsung dinyatakan janji untuk menurunkan harga kereta atau minyak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 itu.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Sebaliknya, perkara tersebut ada dijanjikan oleh Pas melalui “Manifesto Gagasan: Malaysia Sejahtera” pada PRU 14. Namun sepanjang 33 bulan Pas memegang kuasa di Putrajaya tiada satupun daripada janji tersebut mereka tunaikan, kini Pas cuba menagih janji yang tidak pernah diungkapkan oleh kepimpinan Kerajaan Madani.


Tuan Ibrahim juga menyerang kepimpinan Kerajaan Madani sebagai tidak memperkenalkan sebarang formula istimewa melainkan justifikasi untuk membenarkan dasar kerajaan.


Serangan ini dilemparkan tanpa beliau merujuk kepada dokumen-dokumen dasar yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Madani seperti Naratif Ekonomi Madani (panduan kepada hala tuju ekonomi negara bagi memudahkan tindakan oleh kementerian dan jabatan berkenaan), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (memacu Malaysia sebagai peneraju global dalam pembangunan perindustrian), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (usaha mengarusperdanakan peralihan tenaga naratif pembangunan negara) dan Government Technology (memperhebat revolusi digital ke arah meningkatkan keupayaan kerajaan).


Kerajaan Madani hadir dengan pelbagai formula baharu yang futuristik melalui dokumen-dokumen berkenaan, walaupun hasilnya masih jauh untuk dinilai namun tuduhan bahawa Kerajaan Madani memimpin tanpa memperkenalkan apa-apa idea atau formula baharu adalah tuduhan yang tidak benar.


Subsidi diesel pukal habiskan bajet pembangunan


Tuan Ibrahim turut menumpukan serangan terhadap tindakan Kerajaan Madani memperkenalkan subsidi bersasar melibatkan diesel, beliau cenderung untuk mencadangkan agar subsidi diesel secara pukal diteruskan dan kerajaan meningkatkan penguatkuasaan serta menangkap para penyeludup yang menjual diesel kepada pasaran gelap di luar negara.


Perkara ini telah diterangkan oleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail bahawa kegiatan penyeludupan diesel dan petrol sudah sebati dan menjadi pendapatan penyeludup sejak turun temurun sehingga sukar dibanteras disebabkan oleh jarak sempadan yang dekat, beban pembuktian sukar dibuktikan, bilangan stesen minyak yang banyak serta kekangan penguatkuasa.


Justeru jika isu penyeludupan diesel ini mampu dibenteras menggunakan penguatkuasaan oleh kerajaan terdahulu maka tidak mungkin budaya tersebut menjadi pekerjaan tradisi turun-temurun.


Harus difahami Kerajaan Madani kini hadir dengan dasar dan pendekatan yang berbeza daripada kerajaan terdahulu. PMX dalam bukunya bertajuk SCRIPT telah menyatakan bahawa bagi memastikan kerajaan berjaya melalui zaman pascapandemik, pentadbiran semasa tidak boleh mengamalkan dasar business as usual.


Maka pendekatan memperkenalkan subsidi diesel secara bersasar dilihat mampu meringankan beban fiskal selain mengukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi negara. Kerajaan Madani juga memberi tumpuan kepada usaha memastikan tiada kenaikan harga yang tidak seimbang berlaku terutama melibatkan produk makanan susulan langkah baru yang telah diperkenalkan.


Usaha mencapai maksud tersebut telah ditangani oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui penguatkuasaan Seksyen 8(1) Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973 yang mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan jualan termasuk dalam kalangan penjual di gerai makanan, pasar basah, pasar malam, restoran dan kedai runcit.

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page