top of page

Serangan Balai Polis : KDN keluar kenyataan selepas peroleh maklumat lengkap



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan kenyataan berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor setelah memperoleh segala maklumat lengkap berhubung kejadian tersebut.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan kejadian yang mengorbankan dua serta mencederakan seorang anggota polis itu pihaknya akan mempertingkat aspek keselamatan pada tahap maksimum.


"Saya secara peribadi terkejut dan sedih di atas insiden serangan yang berlaku, saya yakin pihak polis sudah memulakan siasatan terperinci.


"Aspek keselamatan akan terus dipertingkatkan pada tahap maksimum di semua lokasi yang berisiko," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Dalam kejadian awal pagi Jumaat itu, suspek yang bersenjatakan parang menceroboh masuk balai polis berkenaan lalu menyerang dua anggota polis bertugas.


Lelaki itu yang dikaitkan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) kemudian merampas dua laras senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5.


Dia kemudian ditembak mati oleh anggota lain yang bertugas.

Sementara itu, Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada petang Jumaat mendedahkan dua anggota polis yang terkorban dalam serangan mengejutkan itu baru memulakan tugas kira-kira dua tahun lalu.

"Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan lebih kurang dua tahun," kata hantaran itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page