top of page

Serangan balai polis: 'Cegah aktiviti keganasan, pantau politik ekstrem' - Onn

Updated: May 19



Oleh: Abdullah Zaid


Serangan pengganas membunuh dua anggota polis dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) amat menggemparkan negara.


Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, kejadian keganasan yang didakwa menggunakan alasan agama tidak sewajarnya berlaku di sebuah negara bertamadun seperti Malaysia.


Menurut Onn, pihak berkuasa perlu melakukan langkah pencegahan dan pemantauan rapi terhadap perkara berunsur ekstremisme memandangkan serangan nekad tersebut telah melibatkan kehilangan nyawa.


"Saya lihat pihak berkuasa perlu buat langkah pencegahan secara besar-besaran bagi mengelakkan ancaman sebegini berlaku semula.


"Sebagaimana kejadian serangan Balai Polis di Ulu Tiram, kita tidak mahu episod ini berlaku lagi," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, Onn juga mendakwa, beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian seperti itu mungkin termasuk politik agama sempit yang dimainkan pihak pembangkang seperti menuduh kerajaan zalim, tidak mengikut landas Islam dan sebagainya telah memudahkan aliran ekstrem meresap ke dalam minda rakyat.


"Oleh itu pemantauan perlu dibuat supaya masyarakat tidak terpengaruh, terutama dalam keadaan politik yang banyak menggunakan (unsur) ekstrem," katanya lagi.


Dalam kejadian semalam, selain dua anggota polis yang terkorban seorang lagi anggota turut cedera dalam serangan berkenaan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala suspek ditembak mati di lokasi kejadian.


Ketua Polis Negara mengesahkan suspek dipercayai telah membuat persediaan rapi untuk menyerang balai polis tersebut berdasarkan beg suspek yang mengandungi zink, kain dan kertas yang digunakannya sebagai perisai semasa berbalas tembak dengan anggota polis.


Setakat ini PDRM telah menahan tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek bagi membantu siasatan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page