top of page

Sepanjang kempen apa pembangkang bawa? - Anthony Loke



Oleh: Abdullah Zaid


Kempen berbentuk serangan peribadi pembangkang bagi mencalar kredibiliti calon Kerajaan Perpaduan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) dilihat sia sia dan bertujuan memperdaya pengundi.


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, sehingga kini pihak pembangkang masih tidak mengetengahkan isu-isu yang membelenggu rakyat KKB dan jalan penyelesaiannya biarpun waktu tamat berkempen semakin kurang 24 jam.


"Mereka berkempen atas dendam dan perkauman sepanjang dua minggu. Apa yang dibawa sehingga saat akhir (minggu terakhir kempen) mereka masih lagi mainkan isu perkauman.


"Pada awalnya mereka persoalkan kelayakan akademik calon kita, rupa-rupanya calon kita pelajar cemerlang dapat semua A dalam SPM termasuk Bahasa Melayu.


"Kemudian, mainkan isu bahawa calon kita ini Cina, pengundi Melayu jangan sokong, kempen itu yang mereka gunakan," katanya ketika berucap di Ceramah Mega Perpaduan Grand Finale sempena pilihan raya kecil (PRK) KKB malam tadi.


Bagi membidas tuduhan itu, Loke berkata komposisi kaum di DUN berkenaan adalah kerusi campuran justeru tiada masalah untuk Pang Sock Tao dijadikan calon dan diberi undi.


"Kita selama ini mengamalkan politik adil di kawasan campuran ada wakil Melayu, Cina dan India. Itu formula kita pakai selama ini, mengapa hendak dipecahkan?


"Walaupun calon kita berbeza bangsa dan warna tetapi apa yang penting adalah jiwa Malaysia yang mewakili semua orang itu yang kita mahu tonjolkan.


"Kriteria calon kita mesti fasih berbahasa Melayu (terbukti fasih) supaya wakil-wakil ADUN kita boleh membawa suara mewakili semua kaum," ujarnya lagi.


Sock Tao diangkat sebagai calon Kerajaan Perpaduan mewakili DAP bagi berhadapan dengan tiga seteru lain mempertahankan kerusi DUN KKB.


Ketika ini, DUN Kuala Kubu Bharu terdiri daripada 46.4 peratus pengundi Melayu; Cina (30.7 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (5 peratus).


Sabtu ini, seramai 40,226 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page