top of page

Semua sekolah kerajaan perlu patuh garis panduan DLP



Pelaksanaan dan garis panduan untuk Program Dwibahasa (DLP) terpakai untuk semua sekolah kerajaan, kata Menteri Pendidikan Menteri Pendidikan.


Fadhlina Sidek pada sidang media selepas menghadiri satu acara di Nibong Tebal pada Khamis menolak dakwaan pihak tertentu yang mendakwa terdapat sekolah diberi kelonggaran untuk tidak mematuhi Garis Panduan DLP.


"Tak betul (dakwaan ada sekolah tertentu dikecualikan ikut garis panduan DLP), semua (sekolah) kita sudah tegaskan kena pakai dan rujuk kita punya garis panduan yang ia tidak ada masalah .

"Setakat ini, sekolah-sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan garis panduan DLP, kita akan turun dan bantu sekolah terbabit untuk melaksanakan garis panduan berkenaan," katanya dipetik.


Fadhlina sebelumnya hadir ke Majlis Peluncuran Program Sekolah Pengajar dan MBMMBI.


Mengulas lanjut beliau turut menegaskan, semua sekolah kerajaan perlu mempunyai satu kelas mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).


KPM juga jelasnya komited untuk memastikan peningkatan dan kecekapan berbahasa menerusi dasar MBMMBI, antaranya menubuhkan Pasukan Khas Reformasi Pendidikan dengan memperkenalkan Sahabat Bahasa untuk membudayakan dan menyemarakkan pelaksanaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara komprehensif.


"Inisiatif ini dilaksanakan di bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan terdiri sekolah IPG, Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional," tambah beliau.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page