top of page

Semua menteri dibekukan cuti, diarah bantu mangsa banjir



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua anggota Jemaah Menteri dibekukan cuti mereka susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.


Perdana Menteri berkata semua menteri dan timbalan menteri turut diarahkan untuk turun padang bagi membantu mangsa di kawasan bencana.


"Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan). Ya (cuti dibekukan)," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17 di Putrajaya hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada cuti anggota Kabinet dibekukan ketika bencana banjir melanda negara pada masa ini.


Laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA pada jam 6.00 pagi ini menyatakan jumlah mangsa yang ditempatkan akibat banjir di seluruh negeri adalah seramai 80,589 orang dari 24,647 keluarga.


Ia meningkat berbanding 71,877 mangsa pada jam 12.00 tengah malam. Terdapat 27 daerah yang terkesan dan sebanyak 467 buah PPS diaktifkan di tujuh negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor. Sebanyak empat kematian telah direkodkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor hingga 1 Disember ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page