top of page

'Semua kaum bersatu, jangan beri ruang orang pecahkan kita'



Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan meningkatkan hubungan harmoni antara kaum pada perayaan Deepavali kali ini untuk memastikan toleransi dalam kalangan masyarakat berada pada tahap terbaik.


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa dalam Majlis Sumbangan Deepavali PKORM 2024 yang diadakan di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, Selangor, kelmarin.


Beliau berkata, dalam perjuangan Otai Reformis sejak dahulu, kaum India, Cina, Iban, Kadazan, Orang Asli semuanya dianggap saudara senegara, dan hal itu sewajarnya dipraktikkan di tengah tengah masyarakat pada waktu Bapa Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin nombor satu negara.


Sehubungan itu, katanya, masyarakat Malaysia jangan termakan adu domba musuh dan perlu bersama sama membangun negara sebagaimana dicita citakan dalam perjuangan reformasi yang lalu.


"Kita tidak boleh pecah lagi. Kalau pecah India lain, Cina lain, Melayu lain, nanti negara hancur.


"Sekarang ekonomi sudah semakin baik, tak ada siapa boleh kata ekonomi buruk.


"Jadi kita tak boleh beri ruang orang pecahkan kita. Itu hasrat Perdana Menteri. Kita sebagai penyokong dia mesti ada fahaman itu," katanya dalam majlis agihan sumbangan kepada para reformis dan rakan rakan yang memerlukan, anjuran PKORM pusat itu.


Dalam majlis itu juga Mustapa mengingatkan keperluan negara kekal stabil agar pelaburan asing terus mencurah masuk. Kemasukan pelaburan, katanya, akan memudahkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda yang baru menamatkan pembelajaran.


"Mengapa penting pelabur asing masuk ke Malaysia? Sebab kita mahu kemakmuran. Bila pelaburan masuk kita (anak muda) dapat peluang kerja," ujarnya.


Sebahagian masyarakat India menerima sumbangan Deepavali PKORM

Mengenai majlis berkenaan, beliau berkata, pada masa hadapan PKORM mungkin akan membuat serahan bantuan melibatkan lebih banyak penerima. Begitu juga, pihak persatuan akan berusaha membantu lebih banyak reformis yang memerlukan bantuan selain keperluan harian.


"Sempena kehadiran kami ini, kita mula dulu 15 orang. Mungkin nanti kita kita buat lagi ke hadapan. Ini permulaan. Kalau kita ada rezeki lebih, kita kongsi


"Hari ini kita kongsi sedikit apa yang ada agar kawan kawan dapat merasakan perayaan esok semeriah mungkin," katanya lagi.


Selain Mustapa, wakil Otai Reformis Selangor, Nor Azmi Mohd Tahir turut memberikan ucapan, termasuk Pengerusi NGO Indian Team Thinktank Coordination, Francis Sebastian.


Francis turut menjelaskan akronim O.T.A.I adalah singkatan "Original Team Anwar Ibrahim", satu gerakan yang terawal bangkit membela Anwar pada 1998 lalu.


Turut hadir dalam majlis itu adalah Setiausaha Agung PKORM, Saiful Annuar Sulaiman, Bendahari, Rizuan Rahman dan beberapa pemimpin setempat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page