top of page

Sempadan laut: Malaysia kekal pendirian berani hadapi China



Pertikaian sempadan laut Malaysia-China yang tidak dapat dielakkan di Malaysia Timur, khusus di Beting Patinggi Ali menuntut sikap tegas pemimpin negara ini untuk tidak tunduk kepada tekanan kuasa besar.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tuntutan China dengan sempadan laut yang dilakar negara itu sehingga bertindih memasuki sempadan laut Sarawak sangatlah tidak boleh diterima.


Menurut Hassan, China hari ini bukan lagi negara komunis terpencil tetapi telah muncul sebagai kuasa besar dan tidak lagi seperti pada waktu Malaysia memulakan hubungan diplomatik pada 1974 lalu.


"China bukan China dahulu yang mempunyai imej sosialis yang inginkan persahabatan dengan negara-negara lain.


"China sekarang memiliki watak imperialis yang melaksanakan sistem ekonomi kapitalis dahagakan sumber alam seperti minyak dan gas," katanya dalam satu kenyataan.

Sempadan laut Malaysia yang diiktiraf

Tambah beliau, sama seperti kuasa Eropah Inggeris, Perancis, Belanda dan Jerman pada abad pertengahan lalu yang dahagakan bijih timah, mineral, getah dan rempah ratus sehingga sanggup menjajah negara Asia dan Afrika, China juga pada waktu ini mengintai simpanan petroleum dan gas di Laut China Selatan.


Sehubungan itu, menurut Hassan, sikap tegas yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berundur daripada aktiviti cari gali petroleum di sempadan laut Sarawak merupakan tindakan yang tepat menghadapi sikap agresif China meminta Malaysia menghentikan penerokaan minyak.


"Terumbu karang Beting Patinggi Ali (yang dipertikaikan) itu berada hanya 100 kilometer dari pantai Sarawak, berbanding jaraknya yang hampir 2,000 km dari tanah besar China.


"Mujurlah Perdana Menteri Malaysia dengan tegas menyatakan Malaysia tidak akan berhenti meneroka perairannya sendiri. Pendirian berani ini tepat pada masanya untuk Anwar Ibrahim suarakan, kerana Malaysia pada tahun depan, 2025 menjadi pengerusi kepada ASEAN


"Malaysia dan ASEAN mesti dipimpin oleh pemimpin yang berani dan tegas serta tidak tunduk kepada ugutan dan ancaman China.


"Kenyatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melegakan kebimbangan rakyat. Kita baru sahaja merayakan Hari Kebangsaan 31 Ogos yang lalu," katanya lagi.


Isu penerokaan petroleum berbangkit selepas berlaku kebocoran nota diplomatik dihantar Beijing kepada Kuala Lumpur yang mengandungi bantahan penerokaan minyak dan gas di perairan berhampiran Sarawak.


Bagaimanapun, Malaysia berpegang teguh kepada sempadan yang diiktiraf antarabangsa berdasarkan Peta Malaysia 1979.


Manakala Mahkamah Tribunal Timbang Tara Tetap berpangkalan di The Hague, Belanda sebelum ini pada 2016 juga telah memutuskan peta 'Nine Dash Line' dikeluarkan China yang menggariskan sempadan perairannya di Laut China Selatan sebagai tidak sah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page