top of page

Selesaikan isu rakyat lebih utama dari bina LRT Langkawi



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Datuk Mahfuz Omar mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya menyelesaikan isu-isu penting berkaitan rakyat di negeri itu.


Mengulas cadangan Muhammad Sanusi yang mahu membangunkan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi, Mahfuz berkata tiada keperluan mendesak untuk sistem pengangkutan canggih itu dibangunkan di pulau berkenaan ketika ini.


"Sepatutnya dia (Sanusi) perlu selesaikan masalah air di Kedah. Masalah air ini janji selesaikan kerana ini menjadi keutamaan kepada kehidupan rakyat.


"Terlalu banyak pengumuman (projek) yang dibuatnya sebelum ini tetapi tidak menjadi kenyataan," katanya dipetik.


Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran beliau.


Pada Isnin, Sanusi menyaksikan majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) antara anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan syarikat Korea Selatan, Royal Eco Train Development (RETD) bagi melaksanakan kajian pembangunan LRT di Langkawi.


Exco Industri dan Pelaburan Kedah dipetik laporan media berkata, kajian projek dijangka siap dalam tempoh enam bulan.


Sementara itu, Mahfuz turut menyatakan kebimbangan projek pembinaan LRT tersebut bakal menjejaskan peluang ekonomi penduduk yang menjalankan perkhidmatan sewa kenderaan.


"Langkawi pun kalau hendak dikira dari hujung sana sampai hujung sini, berapa jauh sangat...biarlah, beri peluang kepada mereka yang duduk di Langkawi untuk buat perniagaan menyewa kereta atau van," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page