top of page

Selepas Pakistan, Anwar terbang ke Dhaka bertemu pemimpin Bangladesh



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh, Prof Muhammad Yunus di Dhaka petang ini dalam rangka lawatan pertamanya atas jemputan tokoh hadiah nobel 2006 itu.


Rundingan dua hala itu dijangka merangkumi pelbagai isu kepentingan bersama seperti kerjasama ekonomi, hubungan politik, perdagangan dan pelaburan, migrasi buruh, pendidikan, teknologi, pembangunan infrastruktur serta kerjasama pertahanan, lapor Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) memetik sumber dari Kementerian Luar Bangladesh.


Anwar merupakan ketua kerajaan pertama yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan interim Bangladesh selepas ia mengambil alih pentadbiran.


Lawatan ini juga menandakan kunjungan rasmi pertama oleh ketua kerajaan asing sejak kerajaan sementara yang dipimpin Muhammad Yunus memegang tampuk pemerintahan selepas kejatuhan kerajaan Liga Awami pada 5 Ogos lalu.


Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bangladesh hari ini menjadi simbol solidariti Malaysia bersama rakyat negara itu yang berdepan situasi mencabar pada masa ini, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh Haznah Md Hashim, lapor Bernama.


Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama yang membuat lawatan di peringkat ketua kerajaan dalam tempoh dua bulan selepas kerajaan sementara Bangladesh dibentuk.


"Lawatan ini mengulangi sejarah apabila Malaysia menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Jan 1972," katanya.


Ogos lepas pemenang hadiah Nobel Muhammad Yunus dilantik mengetuai kerajaan sementara Bangladesh ekoran ketidakstabilan politik di negara itu susulan beberapa minggu protes yang menyaksikan Sheikh Hasina meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dalam lawatan tersebut, Perdana Menteri juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mohammed Shahabuddin sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.


Menurut Wisma Putra terdapat seramai 6,288 pelajar Bangladesh yang menuntut di institusi pengajian tinggi Malaysia dalam pelbagai bidang pengajian pada tahun lalu.


Pekerja Bangladesh juga telah sekian lama menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.


Pada 2023, Bangladesh merupakan rakan dagang ke-27 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-19 terbesar dan sumber import ke-47 terbesar. Bangladesh juga merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di antara negara Asia Selatan.


Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bangladesh pada tahun lalu berjumlah RM12.7 bilion (AS$2.78 bilion), iaitu penurunan sebanyak 35.5% berjumlah RM19.69 bilion (AS$4.46 bilion) pada tahun 2022.


Pada enam bulan pertama 2024, jumlah perdagangan telah meningkat kepada 18.1% iaitu sebanyak RM8.27 bilion (AS$1.75 bilion) berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.


Imbangan dagangan yang memihak kepada Malaysia juga meningkat dalam tempoh yang sama kepada RM6.65 bilion (AS$1.39 bilion).


Bangladesh dijangka meminta sokongan Malaysia dalam menangani krisis pelarian Rohingya yang berlarutan, selain memperkukuh usaha negara itu untuk menjadi "Rakan Dialog Sektoral" dalam kerangka ASEAN, menurut Penasihat Luar Bangladesh, Touhid Hossain dalam satu taklimat media baru-baru ini.


Perdana Menteri Malaysia dijangka meninggalkan Dhaka sekitar 6 petang, menamatkan lawatannya yang berlangsung selama sehari.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page