top of page

Selepas 20 tahun, KDN cadang insentif pasukan khas dinaikkan



Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan kenaikan insentif pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan kenaikan sekali ganda berdasarkan tempoh perkhidmatan itu dibuat setelah 20 tahun kadar sama dikekalkan serta mengambil kira risiko skop penugasan pasukan khas yang semakin bertambah.


"Pada masa ini, Insentif Pasukan Khas yang dinikmati oleh operatif Unit Tindakhas (UTK) serta unit-unit khas lain dalam PDRM, ATM, dan APMM adalah seperti berikut iaitu RM600 untuk 1-10 tahun perkhidmatan, RM750 untuk 11-15 tahun perkhidmatan, RM900 untuk 16 tahun perkhidmatan dan ke atas.


"Berdasarkan persetujuan bersama antara PDRM, ATM, dan APMM, kadar baharu yang dicadangkan ialah RM1,200 untuk 1-5 tahun perkhidmatan, RM1,500 untuk 6-11 tahun perkhidmatan dan RM2,000 untuk 12 tahun perkhidmatan dan ke atas," katanya dipetik laporan media.


Saifuddin membangkitkan perkara itu pada Majlis Sambutan Jubli Emas Hari Ulang Tahun ke-50 Unit Tindakhas di Kuala Lumpur yang turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim.


Selain itu Saifuddin turut menyentuh aspek penambahbaikan dan keupayaan logistik setiap agensi keselamatan termasuk meneliti semula setiap peralatan dan kemudahan sedia ada bagi menampung keperluan operasi yang semakin mencabar.


"Cadangan kenaikan ini bertujuan mengiktiraf sumbangan serta komitmen operatif pasukan khas dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page