top of page

Selangor tunai janji, serah bantuan RM500 ribu kepada Kelantan



Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan bantuan RM500,000 kepada negeri Kelantan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.


Sumbangan sebagai tanda persefahaman dan semangat keinsanan antara satu sama lain itu diserahkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud di kediaman rasminya di Kota Bharu pada Khamis.


"Ini merupakan bantuan kali kedua yang mana sebelum ini kita ada serahkan pada 2022. Ini bukan perkara aneh sebaliknya sumbangan ini tanda persefahaman dan semangat keinsanan yang ingin disuburkan Kerajaan Selangor.


"Malah, kita sesama Kerajaan Negeri ingin menyuburkan budaya bantu membantu antara satu sama lain. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu proses pemulihan di Kelantan," kata Amirudin dipetik.


Sementara itu Nassuruddin bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Selangor pimpinan KEADILAN yang sentiasa membantu Kelantan.


Bantuan tersebut jelasnya akan digunakan kepada mangsa banjir terutama yang teruk khususnya di Pasir Mas dan Tumpat.


"Bagi sembilan buah rumah yang musnah sepenuhnya, Kerajaan Persekutuan akan membina semula kediaman mereka, cuma Kerajaan Negeri perlu menyediakan tanah lain kerana tapak lama kini menjadi laluan air," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page