top of page

Selangor tubuh pasukan khas, realisasi hab reka bentuk cip global



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi merealisasikan matlamat Selangor sebagai hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.


Exco pelaburan Selangor Ng Sze Han berkata, Pasukan Petugas Semikonduktor itu berperanan menyelaraskan pelbagai aspek industri termasuk rantaian bekalan, pembangunan bakat dan perancangan strategik.


Antara hala tuju pasukan petugas berkenaan termasuklah pembangunan empat taman reka bentuk litar bersepadu (IC) bagi tempoh lima tahun yang direka bagi menarik antara 20 hingga 30 firma semikonduktor utama dari dalam dan luar negara.


"Usaha ini dijangka menjana kira-kira RM100 bilion dalam hasil eksport dan RM38 bilion potensi pendapatan selain mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri teknologi tinggi global," katanya dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan sama beliau memaklumkan akan mempengerusikan pasukan tersebut.


Selain itu pasukan itu bakal dianggotai Perunding Foxconn Datuk Lai Yit Long, Ketua Pegawai Maklumat Khazanah Nasional Datuk Hisham Hanidan, Pengasas dan Pengerusi BlueChip VC Datuk Seri PY Lai dan Pengarah Urusan The Hive Southeast Asia Datuk Syed Haizam Jamalullail.


"Pasukan khas ini akan mengadakan sekurang-kurangnya empat kali mesyuarat setahun untuk menyelaraskan usaha dalam semua aspek industri, termasuk dinamik rantaian bekalan, pembangunan bakat dan perancangan strategik.


"Kita yakin kepakaran setiap ahli pasukan ini akan mempercepat inisiatif negeri sekali gus membawa Selangor ke arah kedudukan peneraju dalam sektor semikonduktor," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page