top of page

Selangor tingkat kemudahan bas awam, kurang pelepasan karbon



Kerajaan Selangor akan terus berusaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dioksida selain memperluaskan penggunaaan kenderaan cekap tenaga di negeri tersebut.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM20 juta diperuntukkan pada tahun ini di bawah program Selangor Mobility, membabitkan kesinambungan bas percuma, Program Demand-Responsive Transit (DRT), laluan pejalan kaki serta blueprint Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor.


"Saya dimaklumkan bahawa penggunaan bas elektrik di Laluan SA01 MBSA bermula 1 Disember 2024 sebagai langkah menuju pelepasan karbon sifar.


"Projek bernilai RM5.58 juta ini mendapat sokongan RM2.02 juta bagi menampung perbezaan kos dengan bas diesel.


"Perkhidmatan ini diperkukuh dengan aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS) untuk memberikan informasi bas yang lebih tepat dan cepat kepada penumpang," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Sejak 2015, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM181.57 juta untuk Program Bas Smart Selangor.


Terdahulu Amirudin bersama Exco kerajaan negeri Ng Sze Han menaiki bas elektrik (EV) Smart Selangor ke Sidang DUN Selangor pagi ini sebagai bukti komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuh pengangkutan awam di Selangor.


"Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam serta usaha berterusan ini diharapkan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida serta memperluas penggunaan kenderaan cekap tenaga di negeri ini," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page