
Kerajaan Negeri Selangor meneruskan proses pemutihan membabitkan pusat jagaan termasuk taska, warga emas dan orang kurang upaya di seluruh negeri itu.
Exco Kebajikan Anfaal Saari dipetik laporan media berkata, pihaknya mahu pusat jagaan terbabit berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya premis selamat diduduki.
"Tindakan penutupan boleh dilaksana, tetapi ia tidak dapat selesaikan isu pendaftaran kerana kita mahu semua pengusaha pusat jagaan ini beroperasi mengikut undang-undang.
"Oleh itu, menerusi proses pemutihan kita dapat kenal pasti punca mereka tidak berdaftar sekali gus membantu memudahkan mereka buat pendaftaran," katanya.
Sementara itu menurut Anfaal, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM400,000 sebagai geran khas kepada pusat jagaan yang tidak berdaftar bagi galakan pemilik mendaftar dengan JKM sekali gus mematuhi undang-undang ditetapkan.
Beliau turut memaklumkan, sejak permohonan bagi geran itu dibuka Januari lalu, sebanyak 30 pusat jagaan tidak berdaftar telah tampi memohon
"Semua pusat jagaan yang memohon Geran Pusat Jagaan (GPJ) itu akan dinilai pada mesyuarat jawatankuasa dalam masa terdekat bagi membolehkan mereka menerima bantuan bernilai RM5,000.
"Tetapi keutamaan diberikan kepada pusat jagaan yang proses kelulusan pendaftarannya hampir selesai atau tinggal 20 peratus lagi.
"Setakat ini yang memohon terdiri daripada pengusaha taska dan pusat jagaan warga emas. Selepas mendapat kelulusan, bantuan terus disalurkan kepada pelaksana atau konsultan terbabit supaya proses kelulusan selesai," katanya.
Comments