top of page

Selangor terus komited memberdayakan golongan wanita - Exco



Kerajaan negeri Selangor terus komited memperkukuh pemberdayaan ekonomi wanita di negeri itu melalui pelbagai dasar dan program mesra keluarga.


Exco pembangunan wanita Anfaal Saari berkata, ketika ini kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh sekitar 25 peratus lebih rendah daripada lelaki malah tidak berubah dengan ketara untuk beberapa tahun kebelakangan ini.


Justeru tegasnya, melalui Dasar Wanita Selangor 2024-2026 contohnya, kerajaan negeri menggalakkan aturan pekerjaan anjal dan insentif untuk wanita kembali bekerja.


Usaha itu bagi memastikan golongan Selangor dapat terus mengejar aspirasi dan membina legasi mereka tanpa halangan.


"Apabila seorang ibu melahirkan anak, mereka seolah-olah dikenakan ‘motherhood penalty’ atau digalakkan untuk perlahan atau berhenti terus bekerja untuk menjaga anak


"Sebab itu, terdapat jurang gender yang ketara dalam aspek pemberdayaan ekonomi wanita," jelasnya pada sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat negeri Selangor baru-baru ini.


Sementara itu tambahnya, Kerajaan Negeri menerusi Wanita Berdaya Selangor (WBS) terus berusaha membina kapasiti wanita dan membolehkan mereka menjana ekonomi diwujudkan.

Selain itu Program Insentif Digital Media Usahawanita Muda (Usawaniat) yang memasuki kohort kedua tahun ini, menggalakkan wanita menceburi bidang keusahawanan secara digital dan membolehkan mereka menjana pendapatan secara berkesan dan mampan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page